25.10.10

dua budak gemok.

bila rasa meninggalkan, ditinggalkan, menyampah, sedih, emo, frust, takut, PMS, terhegeh semua bercampuq macam ni,

tarik nafas panjang-panjang.

pastu ingat dua muka budak gemok yang tak selalu ada tepi, tapi tak pernah failed untuk buat diri lega. tak payah ada ayat-ayat berat apa pun. setakat mengutuk masing-masing pun dah boleh buat aku lega.

dengan dua budak gemok yang tak jumpa berbulan-bulan, tapi sekali jumpa semua cerita pun update. semua.

dua budak gemok yang tahu baik buruk aku. yang terima saja baik buruk aku. yang tak hukum aku atas alasan aku lain sikit dari yang biasa. yang bergerak lawan arus dari yang lain. yang lain semua makin baik, aku makin teruk. tapi tulah. aku tak kena pun hukum dengan dua budak gemok ni.

dua budak gemok yang tak kedekut langsung pun dengan aku.
dua budak gemok yang aku rasa sentiasa rela hati ada kiri kanan aku bila ada taik-taik dalam hidup aku.
dua budak gemok yang sebok nak mengutuk orang-orang yang semakkan hidup aku haha.
dua budak gemok yang tak boleh nak ayat bergeli-geli peluk cium apajadah.
dua budak gemok yang ego nak mampos. nak cakap aku cantik pun payah haha.
dua budak gemok yang tahan telinga dengan aku dah dekat 10 tahun. eh tapi aku rasa masa kita 16 baru rapat so baru dekat 7 tahun. oh. lama gila. bosan.

aku tak ramai pun kawan yang kawan.
schoolmates, unimates, jadahmates semua boleh tahan ramai la.
tapi kawan yang betoi kawan ni aku rasa tak habis sepuluh jari pun kalau nak kira.
entah-entah sebelah tangan pun tak habis?

tapi yang penting, dua jari dah diambik oleh dua budak gemok ni la.

p/s : annoying la pulak rasa tulis panjang-panjang pasai dua budak gemok ni.

3 comments:

emantajuddin said...

i supposed you're always loved gemok people..dah ditetapkan mcm tu kot..haha, but aku kurus..sayang nya~~

Anonymous said...

sejak bila ak gemok?

-api d great-

dot said...

eman haha kan! oh hg kurus? ohhhh. ohhhhhhh. baru tau ni. eh betoi ka ni eman tajuddin? tak silap orang ka ni? haha

api, api who?